Alhamdullilah, hari ini hari kelima berpuasa. Kembara puasa di bumi Montreal. Eceh.
Aku baru je lepas masak ikan tilapia asam pedas dan goreng sayur campur.
Harap maklum ikan tilapia itu adalah fillet. Nama aku nak siang ikan aishla~ in your dream.
Itulah kelemahan aku tak reti sangat siang ikan. Nanti habis bersih ikan tu aku kerjakan.
Hari ni aku nak cerita pasal kenangan ramadan. Sebenarnya kenangan ramadan yang paling aku suka
dan tak akan aku lupakan ialah sekitar tahun 2006. Masa tu dah habis belajar dan baru nak belajar duduk ruma sewa.
Masa tu juga aku join kelas acc*p kat cosm*o jalan raja laut.
Aku menyewa area pantai dalam. Blok 10 rasanya. Dengan bie, dot dan tihah.
Diorang semua pangkat kakak dengan aku. Standard la tu, aku mana kawan dengan budak kecik.
Haha. Disebabkan derang ni kakak jadi aku dilayan bak adik. Eceh. *edisi syok sendiri.
Tapi betullah, sebab derang ni rajin masak. Time sahur pun nak masak. Kalau ikut aku bancuh susu
dan makan biskut nestle breakfast tu. Kalau ada lauk lebih semalam aku panaskan dan makan nasi.
Aku masak pun masa buka puasa. Itu pun kalau aku buka puasa sorang-sorang. Bila cukup korum aktiviti
memasak aku serahkan dekat kakak-kakak ni. Aku ikut je. Tugas aku buat air dengan turun bawah pergi
bazar ramadan kat bawah rumah. Masa tu syurga gile walaweh sebab turun-turun rumah je ada bazar ramadan. Yang sekarang ni tempat tu dah jadi food court. Kalau rajin sikit kami pergi bazar ramadan seberang jalan.
Aku tak ingat kegemaran aku apa benda. Tapi yang pasti aku akan beli kuih tradisional dan tau fu fah.
Lain-lain biasalah derang suka murtabak, popiah. Itu bila cerita hari minggu.
Kalau hari kerja pula...aku akan balik jam 4 petang. Ada juga buka puasa kat luar. Itu masa kes nak siapkan projek.
Aku, nadya, sri, leen. Tapi selalunya leen akan balik dulu sebab rumah dia jauh kat klang.
Bila balik lambat jadinya buka puasa di luar. Tempat kegemaran KL Central sebab senang kami 3 orang nak balik lepas tu. Masa tu kenangan sungguh. ENtahlah, yang pasti aku sukalah puasa tahun 2006 walau pun masa tu aku tak
ada apa-apa pencapaian pun yang nak dibanggakan. Setakat dah habis konvo. Biasalah masa tu baru nak belajar hidup berdikari.
Malam, kalau rajin aku turun terawih kat surau tapi biasanya aku terawih rumah sebab kalau dah balik lambat
jawabnya pukul 9 malam baru sampai rumah. Masa tahun tu ada samarinda seputih qaseh ramadan. Haa~ ini memang aku tak pernah tinggal. Layan. Sedih la cerita ni. Kebetulan lagu dia pun meruntun perasaan.
Okielah dah nak masuk waktu berbuka puasa. Air tak buat lagi. Seperti biasa aku buka puasa sorang-sorang. Hujung minggu baru ada iftar. Untuk orang Malaysia..selamat berpuasa. Semoga kita lebih istiqamah dalam menunaikan ibadat di bulan puasa! Insya Allah.
Ko buat aku rasa nak meleleh awal pagi ni. Kenangan yg xkan luput. Dlu klu weekdays je..bila buka Tihah sure tnya, "Ruby, buka kat luar ke ngan kita." Alkisah nak tinggalkan lauk utk ko. Hihihi mmg kitorg syg ko la beb. Kakak ke?? Huahh!
ReplyDeletehehe.
ReplyDeletekakak la. korang memang train aku jadi adik.
saya yang menurut perintah.
eceh.