Sabar itu manis.
Begitulah tajuk entri kita pada hari ini ya cik cik dan puan puan sekalian.
Esok akan mula mengira hari to home sweet home. Whoa!
Tak sabarnya nak balik Malaysia. Tanah tumpah darah tercinta. Tapi pada masa yang sama mesti aku sedih nak tinggalkan kawan-kawan kat sini. Kakak-kakak abang-abang dan adik-adik. Harap maklum di sini aku tiada rakan sebaya. Sama ada tua dari aku atau muda dari aku. Biasalah tu.
Dan aku sangatlaaaaa tak sabar nak cuti-cuti London. Dah terbayang Stamford Bridge, Chelsea. Haha.
Aku siap dah survey ticket tube dari Paddington ke Fulham Broadway station. Dekat saja. 15 minit gitu. Ehehe.
Mahu kasi sentap sama itu fan Chelsea dan Arsenal. Dekat-dekat je stadium derang. Lepas ni aku nak tanya Jun*d*i sebab dia dah visit London. Jadi aku nak tanya tempat mana yang boleh aku lawat dalam masa 2 hari sebab masa sangat terhad. Jadual aku macam ni:
5/10 : Aku sampai Heathrow pepagi buta. Ambil tube pergi rumah makcik.
5/10- 12 tgh hari: Gerak keluar pergi jalan-jalan. Sorang-sorang la apa lagi. Tak mahu la susahkan diorang.
6/10- 7am: Bergerak ke Manchester. Yeah! Jumpa J. Tidur semalam di Manchester.
7/10- 7am: Gerak balik Paddington. Jalan-jalan lagi.
8/10-1240pm: Flight back to Malaysia.
9/10-7.40 am: Welcome home sweet home. whoa!
Amacam? Padat tak? Kalau ikutkan boleh je flight aku 2/10 tapi malas lah nak tukar lagi. Tak baik susahkan orang. Lagi pun cik cibil ada kat Malaysia. Kalau cik cibil ada boleh la gak tukar 2/10 then travel ke gelasgow. Haha. Tak pe, harapnya dapat pergi London secara lama. Mungkin untuk conference ke. Oleh itu, results haruslah bagus. Crack your head untuk publish paper and write research proposal yang mantaapppssss. Tapi rambut aku tetap tak gugur-gugur. Maintain tebal je. Kalau mak aku tengok rambut aku skang sure dia bising suruh potong sebab dia tak suka rambut panjang. Apakah? Apapun aku doakan semoga plan ni menjadi. Semoga Allah makbulkan doaku yang sebenarnya dah laaamaaaaaaaa nak pergi UK. Amin. Insya Allah.
Petang tadi sampai je Lincoln aku terus pergi Condordia. Ambil jam kat Kak Faizah. Lepas tu kalau dah dekat situ memang snagkut la kejap. Tengok slide dia. Boleh pula BLAST output tu tak ada hits. Pening dah kitorang sebab nucleotide. Kalau protein boleh juga guna Psi BLAST. Macam nilah buat research. Kalau dah stuck memang weng kejap. Benda simple but so many possibilities to be considered. Bila dah weng, sembang tajuk luar topik. Ini baru kaitan dengan tajuk entri Sabar Itu Manis :) Aku syukur sangat pada Allah sebab temukan aku dengan Kak Faizah. Banyak pengalaman hidup yang aku belajar dari dia. Banyak dia pesan pada aku. Dan aku sangat terinspirasi dengan cerita dia. Tengah sembang-sembang rupa-rupanya lebih kurang je plan dia dengan plan aku masa dia single dulu. Haha. Cuma dia kata, sabar..sabar..dan sabar..Insya Allah dalam sabar tu..ada bahagian yang paling manis Allah nak bagi pada kita.
Oklah ciao. Ada kerja nak buat. Have a good day kawan-kawan. Oh ya! Selamat Hari Merdeka. Saya bangga menjadi anak Malaysia..dan kalau boleh na mencipta nama untuk Malaysia dan agama. Chewah!
Glasgow adalah mengalu-alukan kedatangan cik ruru sekiranya cik ruru kembali ke UK di suatu hari yang cerah nanti.. whoa!
ReplyDeleteye,sabar itu manis.saya terpaksa menyabarkan diri.
ReplyDelete