Monday, August 30, 2010

Esok Hari Isnin

Currently listening to lagu raya. 20 hari sudah.
Bloated! Lepas makan nasi lemak kukus ayam goreng berempah iftar di rumah K. Faizah.
Az*raf, Ju*n*di dengan seorang budak baru nama dia Nabil-bukan raja lawak tu -derang pun ada sekali.
Masakan yang enak dan sungguh sedap.
Aku datang awal untuk sesi meroyan 2 orang bioi*nform*atic*ian T_T
Bak kata K.Faizah kalau dia cerita pada orang lain pun payah juga sebab tak ada yang faham apa yang dia rasa sebab berlainan bidang. Like I always said only the people who are in the same boat would understand you.
PhD- aku dah dengar cerita buat PhD dari sisi orang yang single dan aku juga dah dengar cerita buat PhD dari sisi orang yang berkeluarga. Motif?? Aku sendiri boleh fikir untuk masa depan aku macam mana berdasarkan cerita mereka. Beza buat di NA dan UK. Bezanya buat masa single dan berkeluarga. Entahlah, aku tak boleh buat keputusan sekarang. Aku rancang 5 tahun lagi. Many years to go. Time will come soon. Sekarang ni fokus je apa yang tengah ada depan mata. Tapi sekurang-kuranya aku bersyukur sebab Allah temukan aku dengan mereka-mereka ini. Lalu bagaimana lagi harus aku katakan nikmat Allah mana yang harus aku dustakan sedangkan apa yang telah Dia beri melimpah ruah. Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah kerana Dia juga. Di sebalik pertemuan menyingkap pelbagai kisah dan di sebalik perpisahan tersembunyi pelbagai hikmah. 

Oklah ciao kerana aku mahu tidur. Esok sekolah dah start haruslah Pont Champlain itu terlalu busy.
Have a good day peeps!


3 jenis air yang sentiasa ada bila aku mengadap laptop.-air masak-nescafe-diet coke. Betapa hidup aku memerlukan caffein. adeh~



No comments:

Post a Comment