1. iPod
Hari ini iPod dipraktikkan sementara tunggu makanan siap kat kedai.
Kumain game sampai uncle tu panggil makanan dah siap pun aku tak sedar :p
Racing car penuh aksi. Kalau kat corner iPod tu pun kena gerakkan ke corner juga. Bukan takat jari je.
Yeah! Mulai hari ini akan sentiasa melakukan senaman jari jemari. Guna jari pun boleh. Hihi.
Btw, the important part is bolehlah ku baca journal sambil tu. Dah try download pdf dan ibook applications. Walaweh! Maka tiada alasan untuk tidak baca journal setiap hari. Hahaha.
2. Orang macam-macam ragam
Fyi, hari-hari masa driving memang aku akan tengok macam-macam telatah orang yang suka buat aku tersenyum sorang-sorang. Haha. Aku baca email pun boleh senyum. Mesti Francois hairan kenapalah cik kak ni senyum depan komputer. Kenapa Francois? Sebab dia duduk tepi aku tapi dipisahkan oleh cermin lutsinar. Sedihkan..pasangan kekasih yang dipisahkan oleh sebuah cermin. Eceh. Francois ni mak cakap kat u olls, kalau dia ni Islam memang macam budak-budak siqah gitu. Hari ni aku nampak ada sorang mamat jalan kaki sambil membaca buku dengan tak pakai baju. Di bahu kirinya ada beg pasar. Lepas tu kujumpa awek tengah kena pujuk dengan pakwe dia. Biasalah tu. Diorang kalau nak nangis kejap-kejap tu juga pun jadi. Yang lawaknya adalah sorang pakcik ni ala-ala professor rambut dia. Botak tengah kiri dan kanan ada sikit je rambut dia. Yang lawaknya dia sembang tepi jalan, kenderaan lalu lalang maka angin pun bertiup kencang. Rambut dia sebelah terangkat-angkat yang sebelah lagi elok je statik. Haha. Serius lawak kalau korang tengok keadaan tu. Lepas tu ada seorang minah ni dia buat rambut kembang keringting. Bila dia jalan rambut dia kiri dan kanan terangkat-angkat. Macam-macam orang kat sini.
3.Research
Hari ini pukul 1.30 baru aku siap guna mosaik dan gigabayes. Bayangkan dari petang semalam aku dok try tools ni. Tengah hari baru siap. Output asyik tak dapat. Gua adalah sangat hangin dan hampir juga putus asa. Tapi mengenangkan misi seterusnya kupujuk-pujuk diri ku bawa diri ke LOndon. Chewah! Dah siap baru buat mos**aik gig**aba**yes cheat sheet list. Senang esok nak guna rujuk pada satu documentation dan aku boleh bagi kat orang lain. I have plan so far what I'm going to do soon. I should write here for reminder. Lagipun aku nak luahkan pada siapa kalau bukan pada belog ini T_T Sekarang aku dah malas nak tulis status kat FB nanti ramai orang alert. Cheh. Edisi SS. Macamle ko glamer sangat nyah!
i) mosa**ik giga**ba**yes cheat sheet list
ii) linux cmd cheat sheet list
iii) N*GS tools documentation- so RO yang mana nak guna N*GS tools may refer to this paper
iv) script documentation -segala jenis script yang dah buat atau pun dapat dari online aku nak compile dan buat satu folder yang semua orang boleh guna. it's more in biological analysis extraction and processing.
motifnya aku tak nak aku sorang je tahu buat benda ni. i should train other biologist to do it. very easy meh. aku bagi cmd then derang boleh run sendiri based on cmd tu. In that way, aku boleh cari other sources that also may help them to use other tools based on their research. Ini kalau aku yang cari aku juga yang buat..jenuh. Sebab kat sini biologist pun multi skill. That's why i have to write the cheat sheet list. Begitulah kisahnya. Aku aim untuk setup in house bioinformatics application kat sana nanti. So that semua biologist boleh guna. Cuma bab script tu kena ambil masa sikit sebab dia tak boleh nak finalize utk satu function yang static. Mungkin akan selalu customize from time to time. Tentang research proposal may be i should work out this weekend. Susah juga nak buat 100% bioinfo dan at the moment i have to rely on public database. Tak pe, aku tulis apa yang patut dulu then show to her.
Okie guys. Gua nak mandi. Adalah sangat berlengas. Selamat buka puasa ya! Sekarang i tahu semua orang tiada mood untuk berkerja kerana tidak sabar untuk berhari raya. Bubui!
No comments:
Post a Comment