Sunday, September 5, 2010

Ramadhan-Syawal di Perantauan

26 Ramadhan. Hari ini. Rupanya ramai orang Malaysia dah mula cuti. Aku baru sedar.
Walhal aku rasa Aidilfitri lambat lagi. Tapi sebenarnya lagi 4 hari. Patutlah semua orang dah pakat balik kampung.
Ramadhan-Syawal tahun ni sangat berbeza. Macam-macam berbeza. Dan paling utama haruslah pertama kali berpuasa dan beraya di perantauan. Untuk Ramadhan rasa kelainan yang amat sangat. Dari segi lahiriah dan zahir.
Zahirnya tak perlu merempuh kesesakan melampau lepas balik kerja. Tak ada pasar ramadhan . Buka puasa pun ala kadar dan seorang je. Tapi bagi aku benda tu semua pengalaman yang mematangkan diri. Belajar hidup bersendirian dan berdikari. Belajar mencabar diri sendiri. Dan belajar supaya tak mudah cengeng dan sebak di hati. eceh.  Lahiriahnya dari segi amalan dan ibadat di bulan Ramadhan. Sangat berbeza dari apa yang pernah aku lalui di Malaysia. Terawih memanglah tak pergi masjid. Nak dengar orang azan dalam tempoh 6 bulan ni sekali pun tak pernah. Cuma ada sekali aku dengar orang qamat masa lalu dekat bilik dia. Itu antara cabaran di perantauan. Allah nak uji sejauh mana pegangan kita dengan agama dan iman. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan.
Syawal- kalau Jumaat raya aku masuk ofis sebab kerja meh. Pagi raya dengar takbir download kat ipod. So dengarlah sambil driving. Tak tahulah macam mana perasaan nanti. We'll see. Sejujurnya aku dan orang-orang kat sini macam biasa. Kitorang tak rancang sangat sebab Jumaat bebudak undergrad ada class. Graduate students pun ada meeting. Kami yang workers kena pergi ofis. Mungkin raya ke 2 barulah menyambut Syawal secara meriahnya. Orang-orang ofis tanya bila puasa you nak habis. AKu pun bagi tahulah. Tapi aku lagi teruja menghitung hari nak balik kampung dan cuti-cuti London. Mungkin aku dah tepu sangat dengan suasana Montreal. Oklah. Gotta go. Have something  to do. Ucapan raya..nanti dulu yer. :)
pagi 26 Ramadhan di Montreal ~ Subhanallah

1 comment:

  1. ruru.. selamat berhari raya di perantauan~ janganlah sedih2, raya kat mesia pon tak la best mane (ayat nak sedapkan hati ko :P )

    ps: ruru, aku bru nk mula collect fridge magnet. bole x ko beli fridge satu dari yg ada tulis Montreal untuk aku? nnt aku Maybank2u la kosnye kat ko :P huhu

    ReplyDelete