Thursday, March 17, 2011

Bezanya Budaya Kerja Kita dan Mereka

April is approaching. Ini bermakna hampir 6 bulan telah kutinggalkan bumi Montreal.
Oh rindunya dengan suasana sejuk dan nyaman di sana. Baru-baru ini Dr H yang turut bersama di Montreal bertanya kepada ku tentang bezanya budaya kerja di sana dan di sini.
Izinkan aku menulis apa yang aku lalui setelah 6 bulan aku tinggalkan Montreal dan kembali berkhidmat di tanah air.
Bukan hendak mengutuk orang kita tapi itulah hakikatnya.
Aku banyak jumpa orang yang cakap berdegar-degar tapi penyudahnya tiada apa.
Aku selalu tengok orang kita hilang fokus dan lebih suka tertumpu dengan kerja bukan bidang tugas utama. Sedangkan semasa aku di sana budaya kerja fokus, cepat dan teliti adalah ciri mereka. Apa yang mereka cakap itu yang mereka buat. Bekerja secara professional dan taat pada ketua walaupun ketua itu lebih muda dari orang bawahan. Tapi orang kita penuh dengan emosi dan kurang professional. Suka mencampur adukkan perihal peribadi dalam bidang tugas. Yang tua sukar hendak terima arahan dari yang muda. Cakap ketua suka dilawan. Ketua pula sukar hendak terima cadangan dan nasihat orang bawahan.
Kalau begitu bagaimana hendak menjadikan negara berpendapatan tinggi sedangkan pembangunan modal insan masih lemah dan masih di takuk lama. 
Aku kurang senang dengan budaya kerja begini. Bukan pasal aku rasa diri aku bagus. Tapi cara kerja aku menyebabkan aku rasa sedikit tertekan apabila bekerja secara berkumpulan. Adakalanya aku cuba letakkan diri aku sedikit perlahan. Jangan terlalu laju. Ada masanya juga aku buat keras kepala supaya jangan baik hati sangat tolong kerja orang. Tapi kalau kerja tersekat tengah jalan macam mana nak siap. Mesyuarat suka meleret-leret. Itu aku kata suka sangat hilang fokus!
Aku perhatikan juga pegawai lebih suka dan senang dengan zon selesa. Sukar nak terima perubahan dan belajar ilmu yang baru. Tak suka merentasi disiplin. Sedangkan keperluan penyelidikan masa kini trendnya perlu merentasi disiplin. Itulah antara punca kenapa bidang sains & teknologi kita lambat berkembang.
Aku cuba yang terbaik untuk curahkan apa yang aku timba di bumi orang. Aku rancang tahun depan aku akan mula ke negara orang untuk latihan sangkut. Lebih kukuh lagi aku nak siapkan penyelidikan di tempat orang. Allah lebih mengetahui segalanya yang terbaik..
tak aku sangka tahun ni juga aku kena pergi ke luar negara sekali lagi. Tapi bukan Canda...di mana? Jeng-jeng-jeng-...tunggu bulan Oktober ini ye. Semoga Allah permudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment