Monday, March 14, 2011

Cerita Kanak-kanak

Gara-gara day light saving I telah bangun awal 1 jam solat subuh hari ini.
Konsepnya tengok jam handphone yang masih ikut GMT Montreal.
Patut la macam pelik bila aku tak dengar bunyi burung berkicau. Selalunya 630 am burung dah mula berbunyi. Rupanya solat subuh 515 am.


Aku cuti hari ni sempena jadi pengapit Yana masa kenduri semalam.
Cukup cukup le tu che bee jadi pengapit. Lepas ni jadi pengantin pula ye.
Eceh. And it was the most ever tired as a bridesmaid. Never felt like that.
Tapi rasa puas hati sebab dapat menyumbang sesuatu untuk housemates ku.


Aku cadang nak beli buku baru tulisan Tun M.
Tapi aku ingat nak tunggu versi bahasa.
Aku rasa mungkin akan keluar masa KLIAB April nanti.
Sebut pasal buku, yes to be truth this year... sehingga bulan 3 ni aku baru sahaja habiskan
2 buah buku. T_T
Korang ingat tak nostalgia buku cerita zaman kanak-kana 90 an dulu.
Misalnya 'ceritalah sayang' yang ada banyak bab. 365 cerita rakyat. cerpen terbitan DBP. hikayat dahulu kala yang banyak siri.  dan macam-macam lagi.
Dulu masa sekolah rendah aku habiskan kerja rumah di sekolah. Sementara tunggu ayah datang ambil aku siapkan. Atau pun masa rehat. Aku rasa masa sekolah dulu aku dengan kawan-kawan ada lumba siapa siapkan kerja sekolah paling cepat. Agaknya itu yang buat kami semangat nak siapkan kerja sekolah. Motifnya balik sekolah nak pergi mengaji sekolah agama. Aku pula supaya dapat khatam segala buku cerita yang dipinjam atau dibeli.  Dulu mak ada beli satu set buku kisah 25 Rasul. Aku baca hampir kesemua kisah-kisah Rasul dan cerita golongan sezaman mereka. Ada lah yang kuingat sampai sekarang dan ada juga yang aku lupa.
Aku rasa antara faktor budak zaman sekarang ni kurang ajar, kurang adap dan biadap sebab mereka kurang membaca. Mereka tak mengambil iktibar ataupun mencontohi cerita yang ditulis dalam buku. Sedangkan kalau ikut pengalaman zaman kanak-kanak aku dulu semua cerita yang ditulis berkisarkan pengajaran dan teladan yang baik untuk diikuti. 
Tak payah pergi jauhlah. Contoh terdekat sepupu-sepupu aku sendiri. Aku tengok mereka lebih senang main computer games berbanding membaca buku atau majalah. Majalah pun baca yang berunsur komik. Kalau ikutkan zaman aku sekolah dulu pun ku main computer games juga. Seawal 7 tahun lagi aku dah mula main computer games. Robocop, Tetris, Prince of persia, prehistoric. Nak main fifa ku tak reti. Jadi ayah je yang main. 
Aku tak salahkan teknologi kerana teknologi bukan mengawal kita tetapi kita mengawal teknologi. Sekarang cakap mungkin senang. Yang ke depan tak tahu lagi.
Entahlah..tak tahu macam mana dengan anak-anak aku nanti. Mampukah aku terapkan perkara yang sama macam aku lalui dulu pada mereka ??







No comments:

Post a Comment