Monday, March 7, 2011

Lalang Kena Racun

Ish Ish tinggi sungguh lalang di blog ini.
Mesti ada yang rindu nak membaca coretan daku.
Cheh apa kaitan lalang dan rindu???
Apa-apa sajalah kan. Tapi hakikatnya memang aku tak ada mood sangat nak menulis blog.
Bila tulis blog perlukan idea sedangkan dalam kepala otak aku ni penuh dengan idea research dan agenda nak kawen. Oppssss. Terlebih sudah. Seminggu dua ni aku agak stress dengan kerja. Dan kemuncak stress ialah pagi tadi lepas kena panggil dengan boss secara berkumpulan. Aku hangin betul la. Sendiri punya projek sendiri la fikir. Ini nak suruh orang fikir sekali. Aku buka kedekut ilmu tapi aku menyampah betul nak tolong kalau pesen suka disuap. Hangin gua. Aku banya melahirkan rasa hati dalam status gtalk. Antaranya ialah :

1. such a rubbish when u got master's degree but let other people thinking of your project
2. asyik sibuk dengan kerja bukan TUGAS UTAMA tapi demand bukan main
dll.

Aku memang tak boleh nak tengok muka 'old officer' tu buat masa ni. Sorry to say bukan aku yang bagi pangkat ni tapi boss aku. Serius aku dah hilang kesabaran cuma sekarang aku cuba cool kan diri sendiri. Buka apa..suka semakkan kepala otak orang. I can assist people but please show you interest your intention and your courage for learning something know. Masa dah lama diberi but ....still not changing. Biarlah..boss je yang boleh menilai. Aku hangin bukan apa..bila boss tanya amboi bukan main dia yang explain padahal she's nothing. Aku juga yang tunggang terbalik setup and troubleshoot tools. Argh. kan aku dah mula buat kerja mengungkit ni. Tapi tak pe la aku take as positive thing  yang orang nak berjaya ni memang banyak cabaran hidup. 

Alhamdullilah aku ada mr a yang sangat memahami sejak akhir-akhir ini. Dia tahu kalau aku  tetiba moody dan lepaskan dia ..pasal kerjalah tu. So he just let me spoiled everything dan dia dengar je. Kemudian bila aku dah ok baru aku minta maaf. Dan dia cakap tak pe dia faham. Since that he will ask me is everything ok  or not. Thank you sayang..walaupun i tahu u banyak sangat problem ..but u still there for me ..for everything when i need u..chewah ..bermadah pula. SIla jangan muntah darah :p 

That's why aku nak kahwin before going to PhD. Cabaran PhD ni sangat kuat ..dan aku rasa family boleh heal segala keluh kesah tunggang terbalik terlentang masa buat PhD. Infact kalau aku runsing pun aku pergi cari adam dan tisya sepupu aku. Definitely, aku rasa lega lepas jumpa derang. Bawa derang makan, pergi jalan-jalan. Memanglah letih ..tapi entah..
aku rasa bersemangat lepas tu.

There's still a long journey for us. But I do hope and I really hope everything will be settled this coming June. Lagi awal lagi bagus. I hope all the readers permudahkan urusan me and mr a. It's hard for me to say pasal ni sebab really personal. Aku tahu memang orang akan cakap ..fikir masak-masak dan boleh je nak tinggalkan dia. Tapi tak semudah itu. Orang bukan nak faham apa yang kita rasa dan apa susah payah kita. Allah saja yang tahu dan aku yakin melalui petunjuk-petunjuk yang Allah beri pada setiap kali lewat doaku.

Oklah peeps..hari ni puasa. Nak pergi buka puasa kejap. All the best to u all and take care.
Bubui.

No comments:

Post a Comment