Sunday, April 17, 2011

erk erk erk

Malam tadi malam minggu. Ada bola. Ada keputusan pilihan raya. Ada AF. 
Agaknya golongan manakah anda? Aku tiada dalam ketiga-tiga golongan tersebut.
Ini bererti aku tak peduli dengan fenomena Malaysia pada malam minggu.
Tapi malam tadi ada 'drama' hujung minggu.
Yer, setiap minggu aku melalui drama realiti kehidupan manusia. Di situ aku belajar belajar dan belajar pasal
kehidupan. Ada benda aku buat pengajaran. Selebihnya aku buat tak hairan. Tapi aku sentiasa kaitkan dengan setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Hatta tertinggal telefon di rumah pun ada hikmahnya. Hikmahnya ialah supaya kalau dah ingat suatu benda tu ...teruslah buat. Kalau tak buat masa teringat tu memang lah lepas tu dah tak teringat. Sekarang ni aku adore dengan baju dari Ilsya Hijab. Harga berpatutan. Tapi aku tak berkesempatan lagi nak beli. 

Aku rasa susah dah nak dapat baju-baju macam tu di Malaysia atau sebenarnya aku tak aware. Sebab masa aku kat Montreal dulu, punya senang nak jumpa. Masuk je H&M atau Forever 21. Bersepah-sepah. Tak pun pergi je market-market kecil mesti ada. Harga pun berbaloi. Kalau kat sini beli pun tetiba harga tak berbaloi dengan material. Apa ke halnya yong! Tapi aku rasa aku tak berani nak pakai dress labuh tu sebab aku still consider ia sebagai seksi. Sexy untuk figure aku laa..kalau kurus macam playwood tu aku rasa sesuai pakai dress. Tapi kalau macam aku ni, walaupun menutup aurat tapi kalau namanya dress atau jubah labuh...masih seksi. Kadang-kadang kita tak sedar yang jubah tu lagi seksi dari baju kurung ..tetapi bergantung pada si pemakai. Sebab itu kalau nak pakai jubah atau dress carilah warna yang gelap dan suram gitu. Barulah tak menarik perhatian. 

Semalam masa dinner dengan mr a depan kami ada satu famili tengah makan. Isteri dia pakai tshirt lengan pendek dan bertudung. mr a cakap kat aku, kenapa pakai lengan pendek tapi bertudung..bukan konsepnya sama ke dengan tak menutup aurat. Erk, aku diam kejap. Dalam hati aku...sejak bila pula mamat ni peka dengan isu aurat. Aku angguk-angguk dan berkata, memanglah..tapi biarlah..itu cara dia..dalam hati aku sambung lagi, laki dia ada..laki dialah yang patut ajar dan tegur isteri dia.. Macam itulah ..sekarang ni tutup aurat tu untuk berfesyen ataupun ikut-ikutan. Nak pula banyak jenis bagai tudung yang di pasaran. Tapi aku tak nak komen banyak-banyak pasal isu aurat ni. Memasing dah besar tahu hukum halal haram. Banyak lagi perkara penting yang orang tak tahu tapi aku tahu dan aku boleh tegur pasal yg ramai orang tak tahu tu. 

Aku bersyukur, seronok, gembira sebab aku dah dapat satu projek bernilai 200K tanpa melalui saringan ketat macam orang lain. Sebagai junior researcher ini adalah satu perkara yang bukan senang nak dapat. Asalnya projek ni tak ditulis pun dalam kertas. Aku sekadar cakap mulut dengan E. J dan Dr H. Asalnya aku bincang dengan Kak L tentang cita-cita aku nak buat research tentang benda tu. Kak L bagi galakan dan guide aku. Alhamdullilah aku tak sangka yang cakap mulut ni masuk dalam senarai projek-projek yang dipilih. Cuma aku simpati dengan Kak L dan senior-senior lain yang ada masuk projek dalam geran ni tapi tak dapat. Tapi insya Allah aku akan ambil Kak L jadi collaborator.  Aku tahu dan yakin dengan kemampuan Kak L. Aku hairan dan pelik dengan senior-senior lain kenapa derang tak suka dengan cara Kak L. Pada aku Kak L ok what. Kira aku boleh masuk dengan dia. Aku agak derang jealous dengan Kak L neh. Kak L dah ada PhD. Memang terbukti bijak dengan kemampuan dia buat projek tu projek ni dan banyak jadi collabarator bukan setakat dalam biotek tapi luar biotek. Ini dengan Puan Boss II pun suka sangka buruk dengan Kak L. Apalah salah dia. Kak L ada juga cerita pasal kes suka tak suka ni. Tapi aku cakap..bukan senang nak puaskah hati orang..biarlah orang kak..janji kita buat kerja kita, fokus dan ada matlamat...orang memang tak suka kita lebih sikit. Apa nak dikatakan... Jadi..semoga cita-cita gua tercapai untuk siapkan reserach ni di luar negara tahun-tahun yang akan datang.. amin. Kekdahnya...approach pun tak siap lagi. Aku ni angkutla segala bagai nak buat. Tapi kelaut semuanya. Tak pelah tunggu minggu depan.  



No comments:

Post a Comment