Saturday, April 23, 2011

Ujian ...

Hidup ni kalau kita rasa kita susah dan menderita ... ingatlah di luar sana ada yang lagi susah dan menderita teruk dari kita.
Bak kata Fini pada aku, dalam hidup ni bi...susah tak ada duit tak apa...kita boleh cari. tapi pada aku yang susahnya bila kena jaga orang tua sakit dan anak yang kurang upaya. Masa tu banyak duit pun dah tak guna pada kita sangat.
Aku setuju dengan pendapat Fini. Masa tu nak bergerak pun payah. Tak boleh ke mana sebab kena jaga dan fokus pada derang. Apatah lagi kalau orang susah .... lagilah bertambah kepayahan tu. Maksud aku bukanlah aku anggap jaga orang tua yang sakit dan anak oku tu satu perkara yang membebankan. Tapi dari segi kepayahannya lagi mencabar berbanding kepayahan yang lain-lain. 
Selalulah kita dengar orang mengeluh macam-macam tentang benda duniawi. Ingatlah ...termasuk aku sekali la ..segala kesusahan tu semuanya ujian dari Allah. Allah duga kita sesuai dengan setiap kemampuan kita. 

Aku nak cuti. Apakan daya tak boleh cuti sebab  dok handle urusan equipment-vendor ni. Selagi tak settle benda ni selagi itu aku letak timeline jangan cuti. Walhal dalam hati membuak-buak nak pergi KLIBF. Aku memang tak mahu pergi masa hujung minggu. Tempah azab bila di sana dengan orang macam ulat. Target dah ada nak beli apa. 
Semalam masa meeting Puan Boss 1 minta aku buat end of project report. Erk. Malu mak noksss. Cakap depan members yang lain...mak segan sebab mak ni idak le terror sangat. Tapi pasal data rice ni straight forward bila dah ada genome sequencing. Jadi idaklah teruk sangat nak buat. Cuba papaya nanti. Mau sakit kepala nak membuatnya.
Dan all my members soo happy pasal penstrukturan baru kami. Insya Allah, yang terbaik akan kami berikan. Allah tu Maha Adil. Teruk dan kena bahan macam mana pun orang buat pada kami, tapi Allah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Semalam Puan Boss I pun sedar realiti sebenar dari cerita yang sebelum ni bunyinya macam langit nak runtuh. Lepas tu yang makcik atas tu depan aku pun mulalah buat perangai depan aku cerita yang bukan-bukan. Dalam hati aku masa dia dok cerita tu  ' dia mula dah dia mula dah buat ayat mengarut'. Sekarang aku perasan, ayat menipu dia ialah bila dia cerita tak pandang tepat mata aku. I got it! Aku akan confirmkan balik dengan FIni. Dalam drama ni aku dan Fini memang jadi target dia. Kalau korang nak tahu, hidup aku ni memang penuh dengan drama. But what to do..aku anggap benda ni rencah hidup. At least aku learn something yang mendewasakan aku dan boleh jadi panduan masa depan nanti. Kalau hidup straight je ..apa barang..
Macam itu jugalah aku cakap pada mr a bila dia rasa down.

No comments:

Post a Comment