Monday, May 23, 2011

Asal Boleh.

Baru je habis siapkan laporan teknikal sebut harga.
Adoyai, pemalas betul aku nak siapkan benda alah ni.
Pasalnya kena semak satu-satu spec yang supplier ni bagi.
Memang derang letak Ya Ya dan Ya. Tapi bila aku semak ...kelaut sebenarnya.
Apa aku nak cerita kat sini pasal cara syarikat bumi dan non bumi hantar tawaran pada kitorang.
Aku bukanlah nak kutuk bangsa sendiri tapi kalau dasar pemalas tu memang lah.
Aku walau pun pemalas, aku KIV la kerja tu. Rasa rajin balik aku sambung.
Entahlah aku tak tahu apa motif derang hantar tawaran macam tu rupa.
Adakah sekadar nak cukupkan korum atau patah hati tahu tak boleh offer apa yang kitorang nak.
Kerja hampeh di sini misalnya :


1. isi borang cincai
non bumi: walaupun tahu derang tak dapat bekalkan tapi derang still isi borang spesifikasi dengan lengkap.
bumi: haram. biar kosong. siap bagi katalog dan suruh kitorang yang baca katalog. mangkuk betul lah. Orang dah bagi ruangan isi tempat kosong ko malas pula nak siapkan.


2. dokumentasi asal boleh
non bumi: walaupun tak dapat bekalkan alat tapi cara dia buat dokumentasi tu eloklah. makna kata ada file, ada klipkan kertas. buat macam ko hantar assignment comb binding.
bumi: stapler saja. ibarat dokumen tu bogel. asal boleh.


Huh. Apa daaa. Memang betullah apa kata Dr Rid**hu**an Te**e dalam buku terbaru beliau bercerita tentang bangsa asal boleh la. Sekarang aku dah nampak kebenaran tu terang jelas lagi nyata.
Adios. Ku ada meeting 1 minit lagi.

No comments:

Post a Comment