Tuesday, May 24, 2011

Harmoni

Ramai orang suka buat kerja dalam keadaan yang harmoni.
So do I. Tapi keharmonian tu boleh tergugat kalau ada golongan yang bila ketuk baru pahat nak berbunyi. Lepas tu jenis enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
But praise to Allah because my teammates are not in that group.
Malangnya pagi ni ada seorang mamat supplier ni kena ketuk dengan aku pepagi.
Aku jenis tak suka nak guna nama orang atas untuk selesaikan segala masalah.
Gamaknya dah tipikal orang bila guna nama orang atas baru terhegeh-hegeh nak trouble shoot. Dah 3 minggu kes lcd projector bermasaalah tak selesai. Aku diam saja dulu pasal nak tengok progress. Memang bukan kerja aku pun tapi aku jenis tak tahan telinga dengar bos pot pet dan meminjam sana sini. Jadi pagi ni kena la mangkuk tu sedas dengan aku. Tapi still tak boleh jalan juga pasal aku ni orang baru dan derang tak kenal. Punyalah panjang dia jelaskan tak boleh nak datang sinilah kena troubleshoot on phone la dan pelbagai alasan lagi. Malas aku nak dengar. Make it short boleh tak????? Kalau macam tu apa ke jadahnya aku telefon kau. Baik aku call customer service yang jual brand tu kan. Tapi pasal ada warranty dan dia supplier yang provide barang tu aku put on responsibility dengan dia. Aku cerita pada Fini pasal sebelum ni dia ada contact mangkuk tu. Kena lagi  sebijik mangkuk tu dengan Fini. Penyudahnya Fini guna nama boss. Barulah terkujat dan terus kata petang ni nak datang troubleshoot. Hah, see! Padahal 10 minit yang lepas on phone dengan aku kata tak boleh datang. Apa daaaa. Jadi kita tengok result dia petang ni macam mana.  Aku tak naklah dikenali dengan nama yang garang dan tegas. Aku boleh bertolak ansur mengikut situasi. Tapi kalau benda simple macam ni ko tak boleh nak trouble shoot aku tak tahulah. Padahal vendor lain yang equipment dia kat oversea tu boleh selesaikan dan berikan apa yang aku nak. Ini dalam malaysia pun tarak boleh.  Hampeh betullah. Vendor lain tu merujuk pada bangsa lain. You got my point kan.



No comments:

Post a Comment