Friday, May 6, 2011

Chest to cry on ...



Tengah hari Jumaat tadi aku tak keluar makan.
Walaupun masa rehat panjang tapi aku lagi suka duduk di pejabat.
Faktor panas dan malas nak bersesak-sesak  antara punca tiap-tiap kali Jumaat aku akan duduk di pejabat saja.
Katanya  i want to have my own sweet time. chewah.
Tadi rehat si ina dengan zima pun tak keluar. Jadi budak berdua ni ku ajak lunch sekali di pantry.
Derang ni muda dari aku. Tapi aku layan je bebudak ni pasal dah lama tak buat lawak sengal dan melucah. 
opssss! Haha.


Zima: Akak duduk dengan siapa kat rumah sewa?
Aku: Duduk dengan boyfriend. Kenapa?
Zima: Bagus bagus. Selangkah kaki dah kak.
Aku: Selangkah kaki apanya?
Zima: Selangkah kaki ke neraka.
* Hampeh.


Aku: Korang agak umur akak berapa?
Zima: 30.
Ina: 32.
Aku: Hampeh. Bukan hari tu kata 26 ke.


Zima: Akak tak rasa tekanan ke tak kahwin lagi?
Aku: Tak adalah. Kalau tak ada boyfriend tu baru tekanan.
Ina: Bukan ada boyfriend ke lagi tekanan pasal dok fikir bila nak kawen orang lain ramai dah kawen.
Aku: Tak adalah. Ok je macam ni. At least ada boyfriend masih ada shoulder to cry on.
Zima: Shoulder je ke kak?
Aku: Yelah, chest to cry on.
Zima: Ar ni mesti suka lelaki ada bulu dada ni.
*Hampeh la bebudak ni.


Layan je lah derang. Pasalnya kawan derang ada yang baru kawen. Jadi excited le tu cerita kat aku macam-macam :p Aku pun layan...


Sampai Julai ni aku dah bahagikan masa untuk research dan admin.
Isnin sampai Rabu  buat research.
Khamis sampai Jumaat buat admin.
Penat woo pasal every week kena ada progress. Every week kena update purchasing, chase vendor.
Mujur perbelanjaan orang lain yang buat. Adeh. Bos pula high expectation. 
Siapa kata kerja admin senang? Siapa kata kerja gomen goyang kaki?
Tak pelah.. tu kan tanggungjawab. Kerja gomen ni lagi risiko sebab gaji dibayar guna duit orang.
Kalau orang buat bisnes, gaji yang dia dapat adalah hasil usaha dia.  Nanti akhirat kena tanya..do you spend government money wisely? Huaaaa. nightmare okie.


No comments:

Post a Comment