Thursday, May 5, 2011

i want to have my own sweet time

Hati nak mencoret sesuatu tapi bila jari jemari menekan papan kekunci semuanya tak terluah.
Ya Allah, hebatnya ujian ini.
Nak dipersoalkan pun tak boleh.
Nak mengeluh keluhlah sendiri.
Nak meraung meroyan pun bukannya orang faham.


Sampai satu tahap bila aku rasa down dan low self esteem aku akan mencari my own sweet time.
Aku tak mahu berkawan dengan sesiapa.
Aku tak ingin bercerita pada sesiapa.
Saat itu aku ingin jadi seorang yang perahsia.
Memendam dalam hati.
Hanya Allah saja yang tahu dan mengerti.


Sekarang itu mood aku.
Dan aku tak pasti sampai bila aku akan berterusan begini.
Buat masa ini aku ingin berada dalam keadaan ' i want to have my own sweet time.'
Mungkin sebelum ni aku lalai, leka dan alpa.
Tapikan kita sentiasa cuba yang terbaik untuk sesuatu.
Cuma ye lah..manusia tu memang takkan puas...
Argh! Aku mengamuk lari kang baru tahu!


Ya Allah, hilangkan resah di hati dan permudahkan urusan kami dunia dan akhirat.
Aku pohon dengan sungguh. 
Aku merayu sepenuh hati.
Kerana aku tak ingin keadaan ini berterusan.


Amin

No comments:

Post a Comment