Bila tengah sedih aku suka buat hal sendiri.
Aku akan hilangkan rasa sedih tu dengan masak, kemas rumah, basuh kain dan cuci bilik air. Pendek kata selesaikan kerja rumah dapat menghilangkan segala rasa kesedihan dan kekecewaan yang ada dalam hati aku. Dulu masa muda bila sedih kita akan cari kawan untuk meluahkan rasa. Tapi sekarang seiring usia yang berlalu aku dah tak ada rasa untuk mencari sesiapa meluahkan rasa sedih tu. Mungkin sebab ada blog? Haha. Sekarang aku lebih senang melayan kesedihan itu bersendirian walau pun adakalanya aku perlukan seseorang sebagai shoulder to cry on tapi tak semuanya kita boleh tumpahkan segala rasa itu.
Macam hari ni aku sedih sebab seseorang. Kecewa dengan seseorang. Pasalnya simple saja. Tapi mungkin sebab banyak sangat tekanan di pejabat, aku kena kejar dateline. Aku ada seminggu je lagi nak siapkan research progress pasal 24 Jun dah kena submit dan 4 July dah kena present untuk pemantauan projek. Sedangkan aku ada course selama hampir 2 minggu. Course yang wajib. Kalau tak wajib dah lama aku escape. Hiyaaaaa. Mahu tak tercungap. Lepas tu aku ada lagi emel orang yang aku tak balas untuk technical support. Kerja admin lagi. Orang minta tolong analyse data. Evaluate software yang ada lagi 17 hari saja trial version before present depan boss. Installation dan setup new pipeline untuk analisis. Study itu ini. Huaaaaa. Sekarang baru aku rasa tak cukup man power nak manage kerja seorang-seorang. Tapi aku junior lagi mana layak untuk apply technician atau RA. Oh.. sedikit mengeluh di sini. Tapi aku betul-betul kecewa dan sedih bila mana aku tengah tekanan ada orang cari pasal dengan aku. Style aku pula kalau tak kena masa benda yang secoet pun aku kira. Haish payah betul.
Lagi satu aku tak faham kenapa ada orang lepas minum suka tinggal cawan atas meja. Bukannya nak basuh ke. Tak faham juga kenapa ada orang lepas guna kerusi tak suka masukkan kerusi tu ke dalam. Tak faham juga kenapa ada orang lepas tanggalkan getah dari plastik makanan atau polistrin tak reti-reti nak buang dalam tong sampah tapi main tinggal je atas meja dan atas lantai. Ish. Aku geli betullah pasal kat rumah kampung mak aku tak bagi getah tu exist kat dapur pasal dia geli getah tu. Nak pegang pun dia tak nak. Kalau ada plastik yg terikat getah dia panggil kitorang yang buangkan.
Ada lagi satu kisah sedih. Aku baru dapat berita pasal sorang kawan aku ni masa di UM. Sebelum ni aku tahu dia tengah buat master dan aku ingatkan dia pergi UK untuk sambung PhD. Rupanya dia pergi UK jadi RA dan kerja di sana sementara tunggu permohonan PhD diterima. Dia pergi juga untuk hilangkan kesedihan di hati pasal dia ada satu penyakit yang sentiasa period. Non stop. Kemudian Dr sahkan dia tak boleh mengandung. Bila berterus terang dengan bf then things happened whereby lelaki tu tak boleh terima dia dan mereka break up. Mestilah dia rasa down dan low self esteem kan...lalu dia pun bawa diri pergi UK. Bina kehidupan baru di sana sendirian. Walhal tesis master masih disemak. Later baru dia balik Malaysia untuk selesaikan semua. Kasihan bila dengar cerita dia. Kalau aku jadi dia pun aku akan lakukan perkara yang sama. Bawa diri jauh di tempat orang, belajar benda baru, bina kehidupan baru dan lupakan benda yang pahit-pahit. Apa lagi yang hendak dibina untuk masa depan melainkan cita-cita dan karier bila mana impian menjadi wanita sempurna sukar untuk dicapai.
Okehla. Aku dah lapar. Nasi dah masak. Bui semua!
No comments:
Post a Comment