Sunday, June 5, 2011

Jangan Dikesali

Semalam aku pergi ziarah azda dengan baby baru. Sebenarnya tak rancang pun. Tapi bila amad tanya dan minta sampaikan hadiah pada baby azda aku pun oklah nak pergi ziarah. Lagi pun sebagai ganti aku tak pergi masa tunang dan wedding azda. Sebelum ni pun kalau aku tak pergi tunang kawan kemudian aku pergi wedding dia. Begitulah di sebaliknya. Aku macam tulah, akan pilih salah satu. Tapi bukan sebab aku yang buat rules tu. DIa jadi macam kebetulan. Memanglah  betul ayat ni 'kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya, perancangan Allah itulah sebaik-baiknya. 


Dalam hidup ni banyak perkara yang aku perasan ada hikmahnya kenapa aku tak pergi sana dan kenapa aku tak sesuai berada di sana. Hari jumaat lepas aku pergi umbi hukm sebab ada workshop. Aku agak terkejut jugalah bila tengok keadaan umbi yang sangat kecil dan tiada privasi untuk staff dan student buat research. Derang tak ada bangunan sendiri. Bila tengok macam tu terdetik dalam hati oh, ada hikmahnya juga aku tak pergi umbi. Pasal dulu ada juga aku apply study dan kerja bawah umbi. Tapi tak ada rezeki di situ. Rezeki ku di inbiosis :) Dan bila Jumaat kelmarin aku tengok sendiri keadaan di sana aku insaf sebentar. Sesungguhnya aku patut bersyukur sebab selama aku hidup ni setiap apa yang aku dapat adalah sempurna dan sesuai dengan keadaan aku. Di inbiosis misalnya ada bangunan sendiri, surau yang selesa dan research room yang lengkap serta selesa. Tak ada masalah geli sana geli sana, sesak sana sesak sini. Sama juga dengan aku kat pejabat sekarang. Semuanya lengkap, teratur dan kenalah dengan apa yang aku nak. Oleh itu haruslah bersyukur wahai che bie. Banyak jugalah aku pergi kembali tempat-tempat yang kononnya aku pernah cuba nak minta kerja dan study di sana tapi tak dapat. Bila aku pergi balik atas urusan-urusan lain ...aku bersyukur bahawa apa yang aku ada ini lebih baik dari yang aku minta sebelumnya. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya:) Untuk itu janganlah anda kesali apa yang terjadi kini kerana ada yang terbaik sedang menanti di hadapan. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment