Salam Ramadhan 1432 Hijrah.
Hari ni hari ketiga berpuasa. Harapnya puasa semalam dan kelmarin tak nipis.
Tapi ada jugalah yang nipis. Kadang-kadang terlepas.
I do miss my Ramadhan in Montreal. Walaupun puasa lama almost 20 hours, kena bangun sahur seawal 230 am tapi ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Memang le sedih buka dan sahur sorang-sorang.
But I'm fine with that. I used to be with that. Pasal dalam kubur nanti pun sorang-sorang juga.
So I don't mind kalau buka puasa sorang-sorang di sini. Pasalnya dah biasa. Lagi pun aku rasa lebih selesa.
Ramai-ramai karang meleret-leret, langsung malas nak beribadat. Sedangkan bukan selalu Ramadhan datang.
Jadi kenapa perlu kita memperbesar-besarkan aktiviti makan walaupunnya ianya masih dilihat sebagai satu ibadat
tetapi ibadat yang wajib itu lebih-lebih besar ganjarannya.
For me let's the small thing done in a simple way. Do not screw up the small-small thing yang Allah dah jadikan
ia mudah bagi kita untuk laksanakan. Aku dah susun jadual baik punya bulan puasa ni. Tapi ya lah, kita merancang dan Allah yang tentukan. Dan dalam dunia ni kita bukan hidup sorang-sorang.
Rasullulah berpesan cepatkan berbuka dan lambatkan sahur. Ye, sahur aku ngam-ngam sampai waktu imsak.
5.15 baru aku bangun. Panaskan lauk, nasi dan air. Makan cepat-cepat. Dalam 30 minit dah selesai sebab subuh masuk dalam 5.50. Tapi aku la hai tak bolehlah gangguan bangun sahur awal sangat 430 am dan masak bagai.
Adeh. Boleh tak malam tadi kau bangun masak siap-siap.Kalau ada family aku tak kisah pasal memanglah ambil masa yang lama nak himpunkan orang. Ni duduk bujang weh. Adeh. Dah kacau masa tidur gua. Lepas Subuh ngaji kejap, dalam 15 minit kemudian tidur dan bangun balik pukul 7 am. Alhamdullilah, aku jenis yang mudah bangun jadi aku tak ada masalah nak bangun dari tidur. Sebab tu aku rasa annoying bila orang kejut aku bangun tidur sebab aku boleh bangun sendiri. Tapi terima kasihlah tolong kejutkan gua.
Maka itulah sebab I don't mind kalau buka puasa dan sahur sorang-sorang. Puasa ni pun aku tak balik kampung sebab nak cuti raya lama. Insya Allah puasa last kot sempat dengan famili. Lagipun parents berbuka puasa di surau. Jadi kalau kubalik pun kami adik beradik saja yang ada. Tapi kesian juga kat adik aku pasal dia sorang je berbuka dengan anak cucu Kentoi. Haha.
Ok, you guys! Selamat Berpuasa dan semoga ibadah kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment