Alhamdullilah minggu ni dah minggu kedua berpuasa.
Sejak puasa blog pun ditinggalkan sepi. Maklumlah puasa orang 'beriman' tinggalkan perkara-perkara lagha.
Hoho. Ye la tu.
Tapi aku baru dapat 7 hari puasa. Insya Allah esok boleh sambung puasa balik.
Sejak puasa ni juga lab dah start operate. Mula dengan UAT nak validate balik data yang dah validate masa kat Montreal dulu. Orang lab simple saja. Extract DNA, run machine, scoring, print result. Then pap bagi kat
aku dan breeder. Jadi aku dan Pak Bib lah yang jenuh digging information 100 snps tu. Huaaaa. Aku rasa nak
muntah sebab dok tengok ACGTGTGTAGATAGTAGAATAGAT. Baru nak cekuh jurnal dah kena panggil.
Extended abstract nak kena hantar before balik raya. Aku satu haprak tak buat lagi. Baru nak kumpul material.
Harapnya minggu depan dah boleh workout untuk extended abstract.
Semalam buka puasa dengan budak opis mr a. Asalnya I segan U. Biasalah aku kan tak biasa dengan derang.
Stok-stok gadis pemalu dan jual mahal macam aku neh memang ambil masa sikit nak blend dengan orang.
Eceh. Pulak tu mr a ni bila aku kata segan la nak mai, dia ada ke nak pujuk. Simple je dia kata.' tak nak tak apalah.' Cheh, apa salahnya pujuk aku dengan kata-kata indah suruh datang. Hiyaaa. Dan aku dengan spontannya kata. "Ala dia neh, tak reti pujuk langsung."
Lagi satu aku terasa la juga bila dia cakap nak bagi cincin dari nut lepas tu welding sket jadilah cincin. Ciss, ingat aku ni Megan Fox dalam transformer ke. I sentap ok. Tapi tak apalah, bulan-bulan puasa ni banyakkan bersabar.
Redha saja lah T_______________________T
Dan petang ni aku rasa malas nak masak. Ingat nak pergi pasar ramadhan dan singgah kat karnival beli barang raya. Tapi langit di luar sudah mendung dan hari hujan. Harapnya Allah izinkan untuk I ke sana. Bulan puasa ni keluar awal pun jam juga. Jadi aku prefer untuk balik after 5.30 pm. Kebetulan balik ke Putrajaya memang tak jam macam orang keluar Putrajaya dan ke Bangi :) Alhamdullilah sepanjang aku kerja di Malaysia ni, aku tak pernahlah menghadapi masalah jam di bulan puasa. Tak tahulah tahun depan macam mana bila dah duduk Ampang. Terpaksalah beli jet pejuang T______________________T
Thanks to government juga sebab bagi bonus setengah bulan gaji. Oklah tu walaupun tak dapat banyak macam GLC company yang lain. Aku rasa berbaloi sebab itu harga yang perlu dibayar setelah aku dan kawan-kawan berjaya setup lab cm&dv. Lepas jenuh berperang mulut, keluar air mata, merajuk, drama dll akhirnya Alhamdullilah Allah izinkan lab tu beroperasi. Dan aku harap beroperasi dengan jayanya dan dapat buat profit. Kalau dapat buat profit pun bukan masuk dalam poket saintis. Tapi poket mar*di. Well, tak apalah. Aku menyelidik bukan kerana nama. Chewah....
No comments:
Post a Comment