Berhenti kejap analyse data. Adoi. Sakit otak kejap bila tengok data-data ni. Pak Bib suka guna ayat ' kita kena main data ni sat' . Hehe. Nampak simple je datanya. Tapi kepala otak kena kreatif fikir pusing sana pusing sini
di samping guna sql query utk extract important results. To be honest aku memang malas nak buat script.
Aku rasa lagi lama aku tulis script berbanding dengan sql query. Logik lembap la hai. Tapi tak apa.
Yang penting kita kena kreatif. Janji dapat results dan results tu betul. Sambil buat ni sambil dengar lagu raya.
Bukan semangat nak raya pun tapi dah boring dengar lagu lain. Hihi.
Insya Allah Khamis gaji+bonus masuk. Orang kewangan tak mahu bagi awal. Derang nak buat sekaligus.
Tak apalah. Janji dapat. Orang-orang pejabat cakap ' ruby banyak la dapat bonus ye.' Aku kata 'mana kak, saya gred 41, sikit je dapatnya. akak 44 48 lagi le banyak'. Tapi derang cakap, ye la, kami kena bagi berapa kepala. Ruby dapat bersih. Hihi. Itu rezeki orang bujang. Tak apa rezeki bila-bila Allah boleh beri yang penting usaha.
Bulan posa ni pun derang cakap aku kurus. Aku kata tulah puasa orang beriman. Puasa tak kurus tapi tuannya kurus. Ekekekeke. Pandailah sangat kata aku ni. Kadang-kadang bosan pergi pejabat am tu jual minyak dengan derang. Saja melawak nak hilangkan bosan.
Esok cuti. Khamis ada khatam quran. Em, rasa nak join majlis khatam walaupun aku tak join tadarus. To be honest aktiviti keagamaan kat sini jaranglah aku join. Entahlah, nak kata jahil tu ye juga. Tapi masa tak mengizinkan. Ada saja yang kena panggil, kena buat time pengisian rohani tu. Tapi you tube kan ada. Tengok kat you tube je la ye.
No comments:
Post a Comment