Hari ni Jumaat. Aku nak kerja rileks hari ni. Pasal aku tahu minggu depan gonna be a hectic week.
So aku pause kejap hari ni. Semalam ada sorang officemate ku tanya, dalam seminggu tu tiap-tiap hari ke aku busy. Btw, derang kat Biotech neh dah mark yang research group aku sokmo busy. Aku cakap dalam seminggu tu Isnin sampai Selasa busy pasal baru dapat kerja on Friday. Then Rabu pause kejap pasal dah siap, lepas tu Khamis start balik. Makna kata sekali seminggu je boleh pause. Kalau ada meeting, memang aku kena stay back sebab nak kena cover balik research time. Katanya RO kena allocate 70% masa utk research & penulisan. Nampak je atas kertas tapi implementation kenalah sekali. Research ni pun bukannya 8-5. But continually ok. Tapi aku biasanya kalau dah masuk bilik, shut down. Buat benda lain. Tengoklah tahap kerajinan. May be sebab environment tak mengizinkan. But for me yang nak achieve something before 30 kenalah work hard. Aku aim utk 44 before 30. Amin. Kak Di kata, aku insya Allah aku senang dapat. Tapi entahlah, let see how it's work.
Aku nak share something pasal semalam ada seminar penulisan. One day course utk RO senior. Tetiba aku yang junior ni terselit. Tak apalah, i like... Puan Ainon dari PTS bagi talk. Sangat motivated ok. Satu perkara ni dia kata jadilah saintis yang discoverer not describer. Maknanya kita ni patut discover novel things utk kemajuan sejagat especially untuk agamalah. Bukan setakat describer yang hanya mengeluarkan teori tapi sebenarnya teori tu tak dibuktikan. Itu namanya describer. Kita just reinvent balik perkara yang orang buat. Ada satu kajian menunjukkan corak penulisan buku sesebuah negara mempengaruhi kemajuan ekonomi masyarakat. Misalnya, berpuluh tahun dulu, kebanyakan penulis menghidangkan latar sains fiksyen dalam novel atau cerpen mereka. Selepas tu kajian mendapati generasi yang kemudian banyak menghasilkan penemuan-penemuan saintifik, banyak invent new gadgets, technology and so on. Maknanya kita jangan pandang ringanlah dengan dunia sastera atau penulisan. Sebab benda macam ni mempengaruhi masyarakat dan menentukan sejauh mana kemajuan bangsa. Cuba korang bayangkan sekarang ni banyak novel jiwang meleleh , tak bermoral, filem hantu, mistik di pasaran, so what will happen to our future generation? Sebab tu kita tak mampu menghasilkan masyarakat yang intelektual saintifik sebab kita dimomokkan dengan benda-benda yang tak bermanfaat. Kajian di luar negara tersebut dah membuktikan. Jadi kalau kita nak generasi kita maju dan setara dengan bangsa dan masyarakat luar kita kena do something lah. Makna kata dia nak ajak penyelidik saintis ni menulis novel sastera saintifik. Adeh. Bukan senang weh. Aku nak hasilkan cerpen saintifik pun ada 2 minggu aku peram dalam desktop baru siap. Inipun tak tahu lagi feedback editor kosmik macam mana. Moral of the story is kata jangan buat sesuatu tu setakat untuk our family, anak-anak kita tapi fikir juga untuk generasi lain di hadapan.
Tadi pagi aku beli breakfast kat kantin atas. Dalam mardi ni ada dua kantin. Satu bawah satu atas. Orang selalu kata kantin atas tak sedap tapi kantin bawah sebab. But for me is simple. Kalau sedap tak payah pergi makan. Lagipun setakat nak makan je, isi perut sebab nak kerja. Apalah nak terlampau fikir sangat sedap atau pun tak.
Pagi ni masa aku nak beli adalah gang RO ni pun nak membeli. Derang dok terpacak lagi depan tray tak tahu nak pilih makanan apa. Sorang tu kata nak beli bihun sup. Lepas tu kawan dia kata ' tapi taklah sesedap tempat yang kita selalu makan tu'. Aku rasa annoying dengan statement derang pasal, kalau dah complaint macam tu tak perlulah nak datang sini. Pergilah sana. Hairanlah aku. Benda yang sedap ni memang kena bersusah payah sikit. Eh, ye ke? Hihi. Lain pula aku fikir. Pasal makan pun payah. Hiyaaa.
Okei peep. Gotta go. Marilah pergi pesta buku terbesar dekat ofis gua ini. Dengar cerita harganya murah.
No comments:
Post a Comment