Saturday, January 21, 2012

6 status & link FB 2011 yang aku fikir annoying

1. status orang yang kemaruk bola esp liga bola luar negara.
annoying bila tengok update dalam sehari setiap masa pasal bola.
rasa macam jadi hamba bola. boleh jatuh syirik ke macam tu kalau dok mengagungkan sangat??
dunno. 


2. status mak mak yang setiap jam update progress baby dia.
ada kalanya aku rasa comel juga bila baca status atau gambar anak-anak derang yang lucu dan menarik.
tapi ada juga pesen mak-mak yang dok update status baby dia setiap masa 'misalnya *** tak mahu minum susu. muntah. macam mana ni ibu nak buat kerja ' kemudian kejap-kejap lagi keluar lagi status dia *** kena tukar lampin bla bla bla. adoi la. 


3. status politik yang keji
ada kalanya letak benda yang kau tak pasti hujung pangkal kebenaran.
tak ke jadi fitnah.
so annoying.


4. link pasal petikan-petikan artikel dakwah dan kata-kata motivasi dari sumber yang belum pasti kebenaran
ada orang main letak je artikel-artikel dakwah yang bukan dari sumber yang sahih.
dalam erti kata lain bukan dari ustaz-ustaz yang famous dlm negara ni.
lepas tu dok paste link tu setiap masa. so annoying pasal bujet nak sharing tapi bila da banyak sangat
aku mula la rasa meluat. orang kata less is more ok. memang la sharing is caring tapi tak sesuai la.
kalau video-video ceramah agama bagi aku is ok.


5. link pasal seorang ustaz ni tak kiralah ceramah ke artikel ke.
bila dah banyak-banyak aku rasa macam blergh.
most of my friend list dok post banyak benda berkaitan dengan dia.
jangan salah anggap  yg aku tak suka pasal benda dakwah tp pleaselah ..
seolah-olah macam taksub sangat dengan manusia.


6.orang yang dok letak status berkaitan emosi.
boleh letak tapi kalau setiap 5 minit berderet status kau memang la
aku unsubscribe. mak hide tros nokssss.
tak kisahlah artis ke orang biasa ke. memula aku add sebab ingat dapat input baik.
tapi bila dah lama-lama aku tengok macam annoying je. 


7.status budak sekolah yang tulis pasal politik dan ejaan mengarut 
ejaan mengarut tu macam itew, dye, eeee aku rasa nak lempang je kalau baca ayat macam tu.
dik kau tu belajar pun tak habis, tak perlulah nak ambik port sangat pasal 
politik . dah pandai nak tuduh orang tu orang ni. belajar pun orang tanggung. ilmu pun tak tinggi mana lagi dah pandai nak sub sub orang. kitorang yang makan garam dulu ni pun sentiasa rasa ilmu belum cukup di dada .


****moral of the story is aku hide status/link orang-orang yang letak status mcm tu. haha.

No comments:

Post a Comment