Thursday, January 26, 2012

Pendapat Aku...

Tadi kat radio bernama keluar topik tentang penurunan pelajar yang memasuki aliran sains sama ada di universiti atau pun di sekolah. Fenomena ini agak membimbangkan kerajaan kerana kadar penurunan berlaku setiap tahun. Kalau macam tu macam mana negara nak berkembang maju, penuh inovasi dan lebih berteknologi kalau kita kekurangan pakar tempatan dalam sains & teknologi. 


Puncanya masih belum dikaji. Ramai juga yang bagi pendapat kata pasal gaji tak sepadan dengan kesusahan masa belajar & pengalaman bekerja. Ada juga yang komen pasal di sekolah terlalu menekankan peperiksaan berbanding ilmu dan aplikasi sains sendiri. Ada juga yang sengal cakap sains tu budaya barat. Bengong la. Tak tahu ke zaman kegemilangan Islam dulu berapa banyak saintis dari orang Islam. Kalau bukan Ibnu Sina, Al-khwarizmi, AL-Razi yang menghasilkan kitab-kitab sains ilmu perubatan, fizik dan kimia. Mungkin orang cepat lupa pada sejarah.


Tapi pada aku antara punca utama kekurangan sains ialah bila belajar tu untuk exam semata-mata. Apabila sains tu sendiri tak digambarkan sesuatu bidang yang menarik dan impresif jadi student pun tak minat dan tak yakin nak ceburkan diri dalam dunia teknologi. Sains hanya sekadar teori yang dilambakkan dalam nota pelajar dan papan putih. Sains kurang diajar dengaan praktikal atau hands on.


I would share my experience masa jadi cikgu sekolah permata. CIkgu biologilah katanyakan. Student lebih banyak masuk makmal. Dalam kelas pun aku expose derang dengan video animasi atau permainan yang berkaitan topik yang nak diajar. Kemudian baru masuk teori sebenar. Pada aku di situ pelajar akan kaitkan balik dengan apa yang dia tengok dan buat tadi. Oooooo...barulah saya faham cikgu. Ini kalau sogok dengan tulis-tulis baca-baca fakta memang hampeh la. Student ko tidur dalam kelas. Lepas sebulan ramai yang cakap suka belajar biologi.  Cakap minat nanti kat sekolah nak amik bio blalalalallal. Aku pun hangguk-hangguk je la. Tapi most of them memang ambil bio pun masa form 4. Pendekatan tu kena betul sebenarnya. 


Aku tengok sains ni selalu digambarkan dengan perkara yang susah. Memang ada part yang susah tapi kalau ada minat dan kesungguhan insya Allah. Yang sukar tu bleh diatasi. Sayang kalau negara kita ketandusan saintis. Selama ni pun dok harap inovasi dari negara luar. Sedangkan hakikatnya kita boleh maju dengan penemuan-penemuan yang berguna dengan masyarakat. Cuma pada aku kena kurangkan lah isu birokrasi dan politik sebb tu antara punca sains sukar berkembang di negara kita.

No comments:

Post a Comment