Sunday, February 26, 2012

Lama tak update

Aku dah jadi letih sebenarnya dengan servis internet di pejabat yang macam toot.
Internet memang laju tapi kalau setakat laju pun tak cukup bila block sana sini sampai benda yg berkaitan dengan kerja pun block juga. Aku harap gaji sbpa cepat2 naik dan dapat backdated so that aku boleh subscribe personal ISP yang guna untuk R&D. Kira kerja pun tak produktif. Aku rasa macam dah tak kuasa nak berkerjasama dengan org yang bodoh sombong. So let's try another solution. Komen banyak-banyak pun orang ingat kita suka cari pasal.

Aku rasa macam jatuh syirik pulak bila tengokk ghost rider. Menyesal jugalah pergi tengok sebab jalan  cerita dia macam tu. Tapi dah tertengok dan terbeli. Makanya mintak ampun banyak2 dan mengucap dua kalimah syahadah. Janji akidah tak terpesong. So tak payahlah bawa budak-budak pergi tengok. Tapi sebenarnya aku tidur masa tengok ghost rider. adalah 30minit sebelum cerita habis. mr a duk cubit aku suh bangun. jangan tidur. argh aku peduli apa. kalau aku dah mengantuk. mengantuk juga. tidur je lah ubatnya. overall tak best pun GR tu. soooooooooooo korang tak payahlah tengok. yang menariknya mr a berjaya download Tin Tin adventure dengan Happy Feet 2. Fine. Boleh tengoklah! Tin Tin masak movie memang best. Kebetulan yang download ni HD. Memang boleh jadi ulang tengok.

You know ...aku nak reveal something di sini. Rasa lepas sbpa mula dilaksanakan. Lepas aku dapat MSc Molecular Biologi aku nak resign dari tempat kerja sekarang. Aku nak masuk research university. Hati aku sebenarnya memberontak nak ke sana. Aku pun tak tahu kenapa. Tak bersyukurkah aku ni? Tidak. Mungkin aku rasa aku tak dapat kepuasan bekerja di tempat sekarang. Or else I want to challenge myself with something different from now. Atau itu cuma perasaan nafsu yang tak perlu aku nak layan. Skim baru ni menarik juga pasal boleh keluar masuk gov dengan mudah dan senioriti yang ada tak hilang. Tapi bukan senang mak nak masuk research uni. Jadi mak kenalah hard work di sini . 

Jumaat ada sesi interview. Aku ni tak buleh kot nak jadi penemuduga sebab jenis cepat kesian orang. Kesian bila ada diploma dan degree tapi gaji tak sampai 1K. Kerja dengan ca ya nun alif. Lepas tu kerja gaji 2K tapi tak ada kwsp. Ada pulak tu ibu tunggal dengan 4 org anak dan kena jaga parents kerja freelance. So macam mana tu? Kalau bule nak bagi je derang ni kerja. Tapi what to do. Kuasa bukan di tangan aku. Bila ingat balik patutnya kena betul-betul bersyukur dengan nikmat yang ada. Dan rajin-rajinlah tolong orang yang susah. Bila fikir dari satu sudut yang lain, ekonomi malaysia ni teruk sangatkah sampai ada syarikatnya tak boleh nak jaga kebajikan pekerja dia sampai tak ada kwsp dan gaji serendah tu walaupun ada degree. Tapi bila aku fikir balik tengok kat jalan raya, orang muda ramai je pakai golf. Aku tengok kereta swift dah banyak atas jalan. Boleh je orang pergi melancong luar negara sana sini. Kira org malaysia ni masih hidup mewah lagilah kan. Atau bank bagi mudah utk buat loan. So orang muda bule beli golf gti yang harga 100K tu dengan mudah. Kira berkemampuan kan.. Ke malaysia macam menuju negara indon atau india bilamana jurang org kaya dan org miskin terlalu jauh. Macam yang kaya kayaaaaaaaaaaaaaa sangat. Dan miskin ...miskin sangatttttttttttttttt. Nauzubillah.  

No comments:

Post a Comment