Hari ni aku nak buka cerita pasal nurseri/playschool/preschool. Memang aku tak kahwin lagi dan tak ada anak.
Tapi berdasarkan pemantauan dan research yang aku buat tentang benda ni aku rasa orang di malaysia ni yang menjalankan perniagaan perkhidmatan masih di tahap mementingkan diri sendiri. Janji duit masuk tapi kualiti nan ado. Apa kaitan dengan isu nurseri/playschool/preschool dengan komen aku di atas? Meh aku nak cerita.
Sekarang kita selalu dengar pasal budak/baby yang tinggal kat nurseri jadi macam-macam hal. Sedak susu. HFMD.
Kenapa? Sebab orang yg jalankan servis dan diberi amanah oleh ibu bapa utk take care of the kids tak buat dengan sebaik mungkin. Mungkin easy for me untuk tuduh golongan macam tu. Tapi bila benda macam tu ada kat sekeliling aku, jadi aku sendiri pun dah macam kurang percaya nak hantar anak kat nurseri/playschool/preschool.
Sebelah rumah aku cikgu2 tadika dan nurseri. Tapi rumah mak ai. Kalau aku jadi mak bapak yang hantar anak kat derang, sori la memang aku tak hantar. Rumah bersepah. Luaran. Dalam aku tak tahulah pasal aku tak jenguk. Tong sampah depan rumah walaupun elok berpintu tapi sampah biar berlonggok sampai menghasilkan bau yang aku dok sebelah umah pun aku jadi naik angin. Lepas tu dengan tahi kucing depan gate. Tak reti2 ke nak bersihkan. Macam tu ke korang nak hantar anak korang dijaga dengan orang-orang macam ni???
Tadi pagi aku lalu depan nurseri derang, bersidai tuala budak-budak di luar rumah. Tak kutip ke tuala tu sejak dari hari Jumaat. Lepas tu kau bagi anak orang pakai tuala yang ko biar kat luar rumah berhari-hari. Adeh la. Macam mana lah derang ni boleh jaga anak orang. Aku tak naklah tuduh bukan-bukan. Tapi kan ada statistik yang dikeluarkan banyak nurseri/playschool/preschool di Malaysia ni tak ada lesen. Sebab tu derang ambil mudah dari segi penjagaan & keselamatan kanak-kanak. Pasal bila tak ada lesen tak ada lah orang pantau. Kemudian suka hati la derang buat apa. Itu hanyalah secebis kisah dari apa yang aku tengok.
Tapi opismatte aku pun complaint juga pasal anak dia yang lepas hantar ke preschool tak nak dah pergi sekolah. Opismatte aku kata anak dia ni memang la manja degil tapi sebagai cikgu mesti dah tahu pendekatan nak approach bebudak macam ni. So kena sabarlahkan. Jadi alkisahnya cikgu anak dia tu muda. Anak dia pernah kena cubit/pukul/marah dengan cikgu tu. Jadi budak tu pun takut nak pergi sekolah. Apa der, budak tu kecik lagi. Belum 6 tahun pun.Lainlah kalau dah sekolah rendah bolehlah kau nak marah bagai. Penyudahnya dia hantar balik anak dia dengan pengasuh lama yang jaga di rumah. Dan kemudian lain-lain lagilah cerita yang sama aku dengar dari makcik dan kawan-kawan aku.
Kenapa jadi macam ni??? Lu pikirlah sendiri. Kalau aku akan selidik betul-betul benda ni. AKu tak nak pentingkan diri sendiri sebab nak cepat pergi kerja atau dekat dengan opis ataubayar murah aku pilih nurseri/playschool/preschool yang tak berkualiti untuk jaga anak-anak. Nanti sendiri juga yang merana. Bila contoh-contoh macam tu dah depan mata aku makanya kena ambil precautious dan jadikan pengajaran.
Yela mungkin senang korang cakap, ko tak jadi mak lagi bolehlah kata macam tu. Fine. Tapi inilah kenyataannya apa yang jadi nurseri/playschool/preschool kat Malaysia ni. Memanglah tak semua macam tu. Tapi kita berhak untuk buat pilihan yang terbaik. Serius nurseri/playschool/preschool kat area rumah sewa aku skang ni memang out of my list la.
Selamat berhujung minggu!
No comments:
Post a Comment