Saturday, March 24, 2012

Kumpul banyak-banyak lagi

If people ask me what's making me inspired in writing then I'll tell him/her because of ilmu dan sedekah yang bakal mengiringi aku bila aku dah mati nanti. Money comes second. 
Bila menulis kerana duit, ko akan tulis sajalah tanpa ko fikir kesan baik dan buruk yang akan pembaca dapat lepas baca hasil tulisan kau. This is very particular beb.
Jangan ingat menulis tu suatu perkara yang totally halal.Tapi bila kau tulis benda yang tak baik, benda yang buat pembaca ke arah maksiat dan mengarut-ngarut, dosa tu akan mengiringi kita sampai bila-bila. Wallahhualam.
Tapi bila kau menulis benda yang menyeru kebaikan dan ilmu yg bermanfaat, insya Allah benda tu yang mengiringi ko di alam sana bila masa orang zaman berzaman menggunakan atau mengamalkan ilmu/nasihat yang kau tulis. Masya Allah, jangan ingat pahala tu sekadar dari bantuan, pertolongan, ibadat kita sahaja ye kawan-kawan. Erk, tetiba aku jadi ustazah kan...hihi.
Bukan apa, aku sedar amal aku taklah sebanyak mana. Bukan tak usaha..tapi sebab usaha nilah aku menulis benda-benda yang boleh bagi ilmu pada orang. Hihi. Duit tu belakang kira. Hehe. Tapi kalau orang nak bagi mak amik saja nokksss. Hehe.
Sebab tu bila orang atas kata, researcher kenalah menulis paper utk skt, kpi bla-bla bla...makna kata terpasalah derang menulis untuk kenaikan pangkat. Tapi bila buat sesuatu sebab dunia je maka rugilah kita. Cuba kita fikirkan dengan kita menulis journal tu sebab nakkan akhirat juga yang utama...insya Allah...kita dapat buat benda tu dengan excellent. Aku bukan apa tulis pasal ni sebab aku terfikir  pasal hal semalam pembentang seminar tu dok kata ada yang tak tahu nak menulis dan macam mana nak menulis. Tapi aku tak bersetuju dengan pendapat tersebut. Pada aku cabaran terbesar sekali ialah momentum nak memulakan penulisan tersebut. Pasalnya ramai je orang pergi bengkel/workshop penulisan tapi hasilnya nan ado juga.
So sebenarnya semua atas diri masing-masing. Dan alhamdullilah bulan ni artikel aku keluar kosmik lagi. So aku nak kumpul banyak2 lagi. Wish me luck ok!

No comments:

Post a Comment