Hujan di luar sedang menggila. Kilat sabung menyabung. Aku suka hujan tapi aku tak suka dengar bunyi guruh
dan kilat. Tapi itu semua kerja Allah. Suka tak suka kena terima. Aku suka lihat titisan hujan melalui tingkap kaca yang lutsinar. Seronok betul kalau ada design bilik macam tu. Meja kerja menghala luar rumah yang dibatasi oleh tingkap kaca yang lutsinar. Pagi hari bekerja sambil hirup udara yang segar. Atau bila hujan turun boleh lihat titis-titis yang buat hati jadi tenang. Barangkali pencetus ilham baru.
Ye. Dah lama tak menulis. Sepi. Kenapa? Sebab sekarang di pejabat sibuk dengan kerja-kerja penulisan. Jadi nak tulis blog pun tak ada mood. Eh, boleh pulak macam tu. Kesimpulannya workload makin bertambah. Jadi blog ini dibiarkan sepi. Eh, escapism pulak.
Semalam menziarahi keluarga arwah mak bos di Melaka. Masing-masing berbicara pasal menghadapi kematian yang tersayang. Masing-masing meluahkan rasa 'tak tahulah macam mana kalau saya berada di tempat yang sama.' Benar mati itu adalah pasti. Persediaan mati untuk diri sendiri dan persediaan menghadapi kematian yang tersayang. Banyak yang orang muda macam aku tak tahu. Bukan setakat mandikan jenazah tapi apa perkara awal yang perlu dibuat bila keluarga terdekat meninggal. Pada aku yang pergi tetap pergi. Memanglah sedih. Tapi cabaran terhebat bolehkah kamu jaga yang tersayang bila mereka tua dan sakit. Bukan mudah menghadapi cabaran ni. Sabar paling utama sebab aku dah rasa.
Ok fine. Sekarang aku dah rasa annoying bila tv dok gebang kelebihan yg orang felda dapat. So what happen to org pertengahan macam aku ni? Ala maca orang lain yg golongan kelas pertengahan which is pendapatan arnd 2500 - 5000K. Is like unfair sekarang sebab tumpuan banyak diberi pada golongan miskin dan sederhana. Sedangkan golongan pertengahan macam tak dapat manfaat, tak ada skim yang menarik. Harga rumah masih mahal. Service charge kena. Tol kena. Adoi la. Life is so hard! Somehow bersyukurlah.

No comments:
Post a Comment