Sunday, May 6, 2012

Jangan Suka Risau Tak Tentu Pasal

Sebenarnya aku tak prepare apa lagi nak pergi Cambridge ni. Passport belum renew. Tiket flight belum beli. Faktor tak buat lagi 2 benda tu sebab tengah tunggu surat kelulusan TKP. Jumaat lepas dah dapat. Makanya Isnin ni aku kena gerak-gerak khas. Nak beli tiket pun aku kena tanya boss dulu bule tak aku balik on 23rd. Pasal aku nak rest 2,3 hari dulu kat rumah makcik aku kat Trinity Court. Tak best la pulak bila dah p LOndon tak jenguk dia. Pulak dah bukan selalu sedara mara datang rumah dia. Eceh. Alasanlah tu. Hua hua hua. Esok aku kena hembus-hembus sikit kat boss supaya boleh lepaskan aku balik lambat. Amin. Nak tunggu MOA aku rasa tengah bulan baru dapat surat kelulusan. Lambat dah tu. Moga dipermudahkan aku p Cambridge. Kali ni aku tak terima mana-mana tempahan beli barang bagai sebab aku pergi short trip. Plus aku ada komitmen diri sendiri so tempahan dari kawan-kawan aku tolak. Lainlah aku pergi lama 2,3 bulan bolehlah nak melayan. 

Sekarang aku dah bahagikan masa untuk kerja-kerja menulis. Waktu office utk scientific writing which is to publish journal. Waktu cuti untuk layman scientific writing. Pasal nak buat semua masa office memang tak terkejar. Ada komitmen lain. Kadang-kadang kena buat report, ada brainstorm, discussion, seminar dan mesyuarat. Boss pun macam tahu yang aku suka bab menulis ni jadi semua kerja yang berkaitan dengan artikel, report, berita dia pass pada aku. Aku ok saja because I enjoy the works to the limit. I did what I love to do. Boss selalu pesan yang umur macam aku nilah nak teroka banyak benda. Dulu dia macam aku juga...katanyalah. Benda-benda ni lah yang bawa dia naik ke atas. Sebenarnya dalam hidup ni, setiap kerja yang kita buat tak semestinya kita belajar masa kita kat uni, sekolah. Namanya pun sekolah kehidupan. AKu rasa semua orang tahu. Jadinya kita kena banyak berfikirlah. Banyak guna otak. Jangan malas. Aku tak suka satu benda je. Bila orang cakap " ruby tak kahwin lagi, tak apalah boleh balik lambat boleh buat semua benda tu." Crap! Itu mitos di kalangan pekerja wanita yang berumah tangga. Habis tu macam mana dengan pegawai atasan yang dah ada keluarga tapi dia boleh maintain family and career.It's all about time management. I hope when the time comes I can balance family and career. Sebenarnya semua ni bergantung pada niat kita. Insya Allah bila kita buat satu benda tu niat untuk kebaikan..Allah tolong dan permudahkan segala urusan kita. Kita je kadang-kadang tak boleh fikir. Sukalah dok risau tak tentu perkara. 

No comments:

Post a Comment