Monday, May 7, 2012

Oh indahnya ...

Bila aku tengok facebook dan ada kawan masa zaman uni upload gambar dia dgn laki dia aka bf dia masa zaman uni dulu ...aku pun tetiba teringat. Misalnya, oh minah dgn mamat ni, tak sangka derang end up. Happy family. Belajar kat oversea. Wah, dasyatnya cinta mereka. Kemudian gambar orang lain pulak, oh, mamat ni akhirnya dia dapat juga kawen dengan gf dia. Dah jodohkan. Tiba-tiba aku terfikir, apa perasaan korang yang bercinta masa uni dan kahwin dengan orang yang korang cinta tu? Ehehe. Adakah rasanya macam, oh tak sangka dulu kita pergi dating kat 6th college, akhirnya kita kahwin dan ada anak. Dulu kita selalu tunggu bas kat depan library sebab nak pergi mid valley tengok movie, akhirnya kita kahwin sayang. Ahaks. Maniskan kalau ingat kenangan lama tu. Eceh. Tetiba. Padahal aku tak kahwin pun dengan orang yang aku cinta masa kat uni. Ahahahah. And plus aku tak dating pun tunggu bas nak pergi mid valley. Hua hua. Tapi yang pergi makan kat 6th tu mungkin ada. Entah aku tak ingat. Tapi macam tulah kan. 

Bertuahlah kepada mereka-mereka yang sedang berbahagia bersama insan yang dicintai sepenuh hati. Mesti korang yang bercinta dari zaman uni sampai kahwin ada banyak sangat benda nak cerita dengan generasi korangkan. Macam mana comotnya mak pergi kuliah, selepang tudung, bawa payung bila hari hujan. Si bapak pula malam-malam goreng gitar kat hostel lepas tu lepak kat seksyen 14. Mesti banyak punyalah cerita yang nak disampaikan sebab masa tu peralihan waktu dari remaja tua nak ke dewasa. Masa tu hormon masing-masing tengah naik. Masa tu trend bercinta di universiti. Aku tak terkecualilah. Tapi bercinta ni sebenarnya banyak mengajar aku jatuh dan bangunnya kehidupan. Aku bersyukur juga pernah patah hati sebab kat situ aku belajar macam mana nak bangun, berdiri, berlari dan mencipta kejayaan yang sebenarnya aku memang hebat. Mak tak baik riak noksss. 

Tapi itulah rezeki. Kadang-kadang kita rasa orang tu best je. Tapi entah-entah orang tu rasa kita best. Apa-apa sajalah. 

No comments:

Post a Comment