Friday, May 29, 2009

Tisya Stories

Khamis lepas aku bawa Tisya pergi rumah Syahidah di Putrajaya.
Dah lama aku tak bawa dia jalan-jalan.
Kalau tinggalkan dia dengan kakaknya mesti gaduh. Kesian kat cekonet ni.
Masuk kereta terus je mengadu kata aku.
"Yong, tadi Along tarik telinga adik. Nanti Yong cubit Along eh'
Isk..isk..apa daaa...kesian plak aku kat dia.
Dalam kereta mulut tak berhenti bercakap. Yang pasti dia suh belanja aku makan ais krim dengan air oren. Hoho. Haruslah kan...sebab tiap kali keluar dengan dia memang aku belanja kedua-dua benda tu.
Tapi semalam sebab nak cepat aku tak singgah pun belikan. Cuma sampai rumah Syahidah aku buatkan dia air oren. Kesian plak tengok muka dia dah letih macam orang puasa plak. Sambil tu aku Maghrib dulu. Dia bersembang dengan Syahidah. Pot pet pot pet..siap nyanyi lagu Barney lagi. Ai, minah ni enterframe nampak kat rumah orang. Tapi aku memang tak boleh blah bila dia tanya kat Syahidah 'mana dapur' Hoho. Malu beb.
Syahidah sampai tanya, bila dia nak berhenti bercakap. Tisya ni senyap masa tengok Disney Play House je. Selain dari tu, memang dia pot pet macam-macam benda. Dah lama tak jumpa dia, I'm so impressed with her. Aku belikan dia hair band dan getah rambut gambar bear. Kemudian masa aku pakaikan tu dia appreciate " Wow, I love cekak". Hahaha...Dia tak tahu la cekak tu in english apa kan. Then setiap kali buat apa-apa yang dia suka, she will appreciate. Misalnya..bagi dia makan sedap. 'Wow, so delicous."
Aku cerita ni bukannya untuk menunjuk atau apa-apa. Tapi sekadar nak berkongsi cerita tentang perihal kanak-kanak. Kalau kita dedahkan dia dengan benda yang baik..baiklah dia.. Macam Tisyia dia tahu semua tu dari Disney Play House. Parents dia memang tak sempat nak ajar. Dulu masa aku ada duduk sekali, ada la juga aku ajar. Bukan aku je yang kata macam ni.Syahidah pun kata anak sedara dia pun camtu. 2, 3 orang kawan aku pun cerita benda yang sama. Disney Play House di Astro tu membantu sedikit sebanyak perkembangan kanak-kanak. Cuma atas kita utk kawal dari mereka sepanjang masa tengok. Sebabnya bila dah tak terkawal...takut rabun..tidur pun ntah pukul berapa.

to tisya: i love u so much than others cousin..hihi..nanti masa wedding yong kamu jadi flower girl okek...hahaha verangan jer i neh!


No comments:

Post a Comment